Monday, June 23, 2008

Aku yang bodoh...

Aku yang bodoh..
Kerana tidak berhenti menangis
Atas kedukaan yang masih tak mampu kutepis

Aku yang bodoh..
Kerana aku masih tidak tahu
Siapa diriku dan apa sebenarnya yang kumahu

Aku yang bodoh..
Kerana terlalu berharap
Kepada ketentuan yang tidak tetap

Aku yang bodoh..
Kerana masih percaya
Kata kata manis dan tipu daya

Aku yang bodoh...
Kerana masih menipu diri sendiri
Dengan mimpi indah dan alam fantasi

Aku yang bodoh..
Kerana tidak mampu berkata tidak
Hanya menurut hawa nafsu dan kehendak

Aku yang bodoh..
Kerana hari hari terus kubilang
Dengan putus asa yang tidak hilang

Aku yang bodoh..
Kerana membiarkan hatiku terus mati,
Tanpa hasrat, harapan dan sebarang erti
Mungkinkah diriku yang cerdik dahulu
Pergi dan tak akan kembali?


free hit counter code