Monday, March 1, 2010

10 CARA TERBAIK UNTUK MENGENALI ARTIS MELAYU DI KALANGAN KITA

Sempena tema dan topic posting pada hari ini, saya rasa amatlah afdal sekiranya saya menulis post berikut dalam bahasa ibunda tercinta saya, Bahasa Melayu.

Sekiranya sebelum ini anda tidak berpeluang melanggani Majalah URTV dan Mangga ataupun tidak pernah berkesempatan untuk menonton filem filem hebat, karya agung Yusof Haslam, A Razak Moideen, Julie Dahlan mahupun David Teo sudah pastinya anda, seperti saya, tidak berapa arif dengan dunia selebriti/ artis tanahair. Walau bagaimanapun, semenjak beberapa bulan kebelakangan ini, saya sangat bertuah kerana berpeluang menyelami dunia selebriti ini disebabkan kekerapan kumpulan produksi menjalankan penggambaran di tempat saya bekerja. Oleh yang demikian, saya amatlah berbesar hati untuk berkongsi tip tip berikut yang semestinya sangat berguna untuk anda.

  1. Sekiranya terdapat sekumpulan crew dan pekerja sewaktu penggambaran dan kesemuanya berpakaian selekeh nak mampos biasa sahaja, anda boleh mengenalpasti artis Melayu di kalangan mereka dengan melihat ketebalan mekap di muka masing masing. Semakin tebal mekap yang dipakai, semakin besarlah nama selebriti tersebut dalam industri ini dan semakin besarlah peranan/ watak yang dibawa di dalam drama/ filem tersebut.

  2. Meskipun pada kebiasaanya artis lelaki tidak memakai mekap, (lainlah kalau artis tersebut M Daud Kilau ataupun Jaafar Onn) untuk mengecam mereka tidak kurang juga senangnya...jika anda perempuan muda yang cun macam saya. Sewaktu berurusan dengan mana mana ahli produksi, anda mungkin boleh perasan apabila terdapat salah satu lelaki yang paling ramah dengan senyuman control hensem menawan dan gaya pertuturan perasan bagus bersopan santun dan sangat helpful. Pada kebiasannya lelaki ini adalah selebriti terkenal yang ingin menggatal dengan anda sebab dia rasa dia bagus menjaga imej beliau sebagai artis berperwatakan terpuji.

  3. Jangan tertipu... berbeza dari Hollywood, artis Melayu tidak semestinya berkereta mewah, mereka mungkin juga membawa kereta Satria Neo 1.6 kaler oren biasa seperti anda.

  4. Kebanyak=kan artis Melayu sangat mementingkan penampilan, meskipun hanya untuk keluar sebentar ke pasar. Semakin besar kaca mata hitam dan semakin panjang anting anting yang dikenakan, semakin glamer lah artis Melayu tersebut. Selalunya aksesori aksesori ini turut akan dipadankan dengan tas tangan LV yang beli kat Petaling Street berjenama eksklusif dari butik butik terkenal.

  5. Anda mungkin juga pernah berdiri di tepi selebriti di kedai kedai makan, dalam LRT, dalam bas (errk artis naik bas ker?!) kaunter pembayaran di pos ofis dan sebagainya. Artis Melayu selalunya akan bercakap di handphone masing masing (selalunya handphone canggih dengan aksesori beriya) dengan suara yang sangat kuat mengenai jadual waktu yang terlalu sibuk, shooting dan shopping di luar negara, membeli barangan berjenama dan keglameran diri masing masing.

  6. Artis Melayu adalah satu satunya orang yang akan disuruh oleh peminat untuk mengautografkan bunga telor/ pinggan/ mangkuk / baju kebaya / songkok di majlis perkahwinan anda mahupun kawan anda!

  7. Di universiti atau mana mana institusi pengajian tinggi, artis Melayu adalah antara golongan pelajar pelajar yang paling kerap ponteng kelas

  8. Artis Melayu akan hadir di mana mana majlis keramaian dan sekiranya tercabar atau tidak mendapat apa yang diminta akan bertanya "Do you know who I am?" Paling best jika anda mejawab "Tidak" dengan nada suara yang paling selamba.

  9. Sekiranya anda menghadiri hari keluarga syarikat anda di tepi pantai yang indah dengan matahari yang terpancar terang, mungkin akan terdapat seseorang yang akan memakai seluar panjang, baju lengan panjang, topi yang besar dan kaca mata hitam yang mampu mengalahkan Paris Hilton/ Kesatria Baja Hitam. Jangan takut atau terkejut. Ia bukanlah hantu, tetapi hanyalah artis Melayu yang mengada tak nak kena panas takut hitam mungkin alah pada cahaya matahari.

  10. Artis Melayu selalunya tidak menjual jagung (atau apa apa jua barangan) di pasar malam. Kalau ada sebarang penjual seperti ini yang mengaku bahawa dia merupakan seorang artis, maka besar kemungkinan dia mental layak masuk Tanjung Rambutan jer teringin untuk menjadi seorang selebriti.

2 comments:

Fla said...

LOL!
mereka mungkin juga membawa kereta Satria Neo 1.6 kaler oren biasa seperti anda. <-- Did you paint Brad ORANGE? Oh kasihan sungguh la si Brad..

Saya sangat sangat la ingin bertembung dengan Kesatria Baja Hitam di tepi pantai...

Saya TAHU artis mana yang awak maksudkan..yang kena menyain autograf di kenduri rakan sendiri wahahahaha!

repulsivelyrina said...

heheh.. no lah brad is still the ravishing hot red that it is. ada lah artis melayu shooting kat tmc pakai neo kaler oren ari tuh. heheh.. kalau nak jumpa kesatria baja hitam di tepi pantai kena tanya anom. dan yes she is exactly who i was referring to.

Post a Comment


free hit counter code